Minggu, 05 Desember 2010

Misteri di Balik Tenggelamnya Atlantis

Pada bulan Mei 2001, seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan luar pesisir Cuba telah menemui apa yang kelihatan seperti peninggalan sebuah kota purba, 2000 kaki di bawah paras laut. Mampukah penemuan ini memecahkan misteri berkaitan Atlantis? Kajian masih sedang dijalankan secara tertutup dan di bawah kawalan ketat.



Sebelum ini, penemuan struktur ganjil di luar pesisir Kepulauan Bimini turut menggemparkan dunia dan mencetuskan semula kehangatan legenda Atlantis. Struktur itu kelihatan seperti susunan batu yang membentuk satu tembok panjang. Walau bagaimanapun, ramai pakar geologi mengatakan struktur itu boleh terbentuk melalui proses semula jadi yang jarang-jarang berlaku. Namun, spekulasi masih berterusan
Ini adalah beberapa petikan bersumberkan Internet yang masih menjadi koleksi saya. Semasa saya di sekolah rendah darjah 3, Ustaz saya, Ustaz Yassin (sedekahkan surah Al-Fatihah) pernah memberitahu bahawa bangsa yang lebih bijak dan lebih zalim daripada bangsa Yahudi, telah ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi dengan mengutuskan 2 daripada 8 orang malaikat yang memegang KursiNYa. Mengikut catatan Pluto, ia terjadi hanya satu hari satu malam sahaja. Bagi mengenal pasti bangsa tersebut Allah SWT mengutuskan Jibrail dan Jibrail turun ke muka bumi menyamar sebagai seorang lelaki muda. Cerita ringkas aje sesuai dengan masa yang diperuntukkan untuk subjek Agama Islam.


Namun beberapa tahun lalu seorang teman saya memperincikannya
Setelah mendapat perintah daripada Allah SWT Jibrail pun berjumpa setiap bangsa yang ada di muka bumi ini dan setiap bangsa yang ditemuinya ia akan bertanya;
Di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini, semua bangsa yang ditemui gagal menjawab dengan betul sehinggalah ia tiba di Benua Atlantis
Ketika Di benua Atlantis, Ia berjumpa dengan sekumpulan budak- budak yang umurnya kira- kira 10 tahun yang sedang seronok mandi di Sungai (berkubang), dan Jibrail pun bertanya kepada salah seorang daripada mereka,
Salam, Di negeri ini siapakah yang paling bijaksana sekali
Salam, Zanun katanya.
Boleh tak tunjukkan kepada saya di mana saya boleh berjumpa dengannya
Ada apa urusan saudara ingin berjumpa dengannya
Saya ingin bertanya kepadanya, di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini
Kalau setakat bertanya di mana malaikat Jibrail berada, tak perlulah bertanya kepada Zanun, seluruh penduduk Atlantik ini tahu, kat mana ia berada Jawab budak tersebut..
kalau begitu baiklah, saya bertanya kepada kamu, di mana malaikat Jibrail berada
Lalu budak tersebut memandang ke arah langit dan berkata Oh Malaikat Jibrail tiada di langit, Ia memandang ke dalam air sungai yang mengalir, Oh tiada malaikat Jibrail di dalam air dan seterusnya ia memandang tepat kepada pemuda di hadapan matanya, Awaklah malaikat Jibrail yang menyamar sebagai lelaki muda.
Setelah memberikan salam Jibrail pun naik ke langit untuk mempersembahkan penemuanNya kepada Allah SWT, Seterusnya Allah menenggelamkan benua Atlantik.
Setelah selesai bercerita saya bertanya kenapa orang Atlantis begitu pandai sekali?
Kawan saya menjawab, Al-Quran punca segala ilmu dan kerana itulah asal segala penemuan adalah umat Islam, kerana itulah semenjak umat Islam lemah, tiada penemuan baru, sepatutnya kita telah boleh mendominasi cahaya dan graviti.
Sebagai contoh hukum cahaya yang disebut hukum Tafra ada lima setakat ini hanya hukum pertama sahaja yang kita tahu, bahawa cahaya bergerak lurus, tetapi bagi orang Atlantis mereka telah mengetahui sehingga hukum Tafra yang kedua menyebabkan mereka mempunyai pandangan istimewa sehingga menembusi langit kedua.
Bagi mereka yang mengetahui kelima-lima hukum ini mereka boleh menghablur dan menjelma semula selagi cahaya matahari sampai. Sahabat Nabi Sulaiman, Al-Qundi memindah Istana Balqis menggunakan Kaedah ini tetapi beliau mendapat ilmu ini ketika Mizan Tuhan (semua planet tersusun lurus pada satu garisan), ketika ini tuhan akan membuka 1 atau 2 rahsianya.
Ada juga beberapa orang wali Allah mendapat ilmu ini daripada Al-Quran, rasanya Ibnu Arabbi salah seorang daripadanya, katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar